Selasa, 6 Ogos 2013

Sejak akhir-akhir ini sering diperkatakan tentang masalah kesihatan rakyat Maaysia yang semakin meruncing terutama masalah obesiti atau mempunyai berat badan yang berlebihan, keadaan ini mengundang pelbagai jenis penyakit antaranya kencing manis,darah tinggi, kolestrol dan penyakit jantung. Masalah-masalah yang timbul ini adalah disebabkan oleh pemakanan dengan diet pemakanan yang tidak seimbang.

Lantaran itu terdapat pelbagai produk dipasaran yang diperkenalkan untuk mengatasi masalah ini daripada yang semurah-murahnya hinggalah yang mahal. Kebanyakan produk-produk yang diperkenalkan ini adalah sebagai pengganti program diet kita, so masalah mahal sebenarnya tidak timbul kerana produk ini adalah sebenarnya pengganti kepada pemakanan kita yang telah ditentukan mengikut keperluan badan kita.